Tuesday 29 July 2014

Hikmah Chicken Pox

ok assalamualikum sume.. refer kat tajuk atas tu.

nak citer pengalaman sem 2 aku ni.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang telah, akan, sedang berlaku. Subhanallah. Allahuakbar.

nak dijadikan cerita selepas sebulan masuk sem 3 aku . terkena demam campak.. atau nama lain chicken pox. seperti yang sume tahu demam campak ni nak baik dia amik masa yang lama, nak sembuh dari deman paling kurang 2/3 minggu. pastu nak hilangkan parut ni amik masa berbulan bulan jugak ..

tapi Allah maha mengetahui segala yang berlaku, disebabkan aku demam campak aku dapat Mc 1 bulan !! bayang 1 sem 4 bulan aku MC 1 bulan. so lebih kurang 3 bulan jelah aku belajar. orang lain 4 bulan.. hehee..
tp aku bersyukur sebab waktu aku sakit mak ayah jaga dan aku kena waktu awal sem.

dan alhamdullillah jugak sebab banyak presentation aku dapat (cabut undi) present as a last presentor!
nampak tak? disebalik kesusahan Allah beri kelebihan..

dan aku bersyukur demam campak ni dah sedarkan aku bahawa study awal itu penting.so next sem start je aku terus speed. sem ni banyak mengajar aku jangan bergantung harap pada orang.. yelah aku banyak tertinggal kuliah dan tutorial.. nak minta kawan ajar dorang pun mcm busy dan takut menganggu. jadi aku terpaksa datang U awal dan stayback sampai petang jumpa pensyarah sorang2. Stay library sorang. dan kadang-kadang makan pun sorang-sorang. tapi itulah kehidupan di universiti.. tiada siapa yang nak tolong kalau kita tak tolong diri sendiri.

sakit demam campak banyak beri pengajaran pada aku. aku bersyukur Allah beri teguran betapa pentingnya masa dalam sakit yang aku alami. memang itu salah satu cara untuk sedarkan aku. kalau tak lambat sebulan tak kan nye aku speed study bangun 4.30 pagi dan bermunajat pada Allah.


dan alhamdullillah mostly semua subject aku dapat highest mark among the group assignment. sekurang kurangnya dapat top up test yang hancur sebab xsempat nak cover topik.  yelah,sihat je dari demam terus kena hadap test straight for 3/4 subject hehe.. Allah maha Mengetahui.


oh nak tau citer lawak tak.. kan demam campak ada cecair dia akan tumbuh satu badan dan aku ni mmg elergic benda mcm ni. geli!!! pastu dia tumbuh satu muka. Idk I just can't accept the fact kot? haha tiap kali tgk cermin mesti nak pengsan terus nak rebah soo cepat  baring atas katil . and nak tahu tak I fainted 2 times in the toilet ! kah kah.. citer nya mcam ni.. kejadian dua kali ini berlaku di waktu subuh. masa aku nak amik wuduk aku xtgk pun muka aku kat cermin.. hanya sekilas pandang kat cermin tak pandang muka pun. pastu aku nak buka paip . tiba tiba bedebusshhhhhh!terpusing kepala terhantuk pintu dan terduduk disitu. haha
nasib baik mak ada. mak tolong papah masuk bilik.

lagi satu korang nak tahu demam campak ni badan akan panas 32 celcius and above! nasib baik dalam bilik ada aircond . alhamdulillah , memang 24 jam aku pasang aircond dan kipas hehee.. melambung bil letrik.

oklah itu sahaja Hikmah daripada sakit yang Allah beri ini. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui.
memandangkan aku tulis waktu 3 syawal so nak post gambar raya la hehe.. mentang mentang dah hilang parut demam campak kat muka. hahaha.



ok yang bajet princess tu adalah Aqilah hani, manakala yang manis depan dia adalah kakak nya arifah najihah hehehe








Saturday 12 July 2014

GAZA, Palestine..!! kita dimana?


assalamualaikum. hari ni maka tamatlah sem 2. 12/11/14
sepanjang menduduki final.. bulan ramadhan ni. kita digemparkan dengan serangan daripada Israel laknattullah ke Gaza,Palestine.. dan sepanjang final ni.. aku selalu update news dari aman palestine..  kalau stop baca buku utk final mesti aku cepat2 buka fb nak dapatkan info. betapa kejammnya israel tu aku xtau nak gambarkan. dan betapa pengecut nya dorang..rasa semua boleh nampak..

ada satu video tu.. nampak sangat betapa hati tentera israel tu berpecah belah dan pengecut.. sampaikan dorang boleh lagi bila dibaling batu. batu je? sedangkan dia lengkap berpakaian ketenteraan. senapang di tangan. tapi lari bertempiaran bila dibaling batu? ehhh.. aku musykil laa. apasal lari? tapi dengar lagu  ni

aku fhm rupanya hati dorang berpecah belah. dorang pengecut sebenarnya, atau mungkin dia nampak ada yg berpakaian lengkap bersenjata dari arah belakang ..orang yang membaling batu tu? mungkin Allah dah tanamkan rasa ketakutan dalam hati tentera israel. Alhamdulillah.

tiba-tiba rasa dekat sangat nak kiamat. perang sana perang sini! jom la bangkit. kita tahajut, kita qiam, kita solat hajat. doakan hati hati umat islam bersatu. islam menang. hancurkan yahudi laknattullah tu.

sapa kata DOA kita Allah xperkenankan?
Ya Allah, itu je bantuan kite selain harta n WANG ringggit dan BOIKOT!
ada banyak keanehan dalam berlangsungnye perang ni..
antaranya roket israel tak meletup di gaza. dia jadi macam tong kosong je!

daripada korang sibuk dok msg2 baik derma duit top up kat palestine. 

Sumbangan "Terendah" untuk saudara kita di gaza, palestin..
***
Taip : 
Palestin 1 (untuk Rm1) hantar ke 39111
*** 
#Anda akan dapat reply msj dari aman palestin yg mengesahkan anda sudah menderma ke tabung palestin.
#War-warkan agar ramai yg tahu..
Hanya bole derma rm 1/3/5/10