Wednesday 18 October 2017

Sarapan Pagi , Saya sediakan.

Hi assalamulaikum semua. :)

breaksfast like a king! hehe

Kalau nak ikutkan saya  seorang yang memang nak wajib makan sarapan. lunch tak sempat tak pe. janji sarapan dah makan .Disebabkan saya pergi kerja naik LRT jadi memang setiap hari akan lalu depan kedai-kedai jual nasi lemak, bihun goreng dan segala macam kuih muih.

biasanya saya akan beli sarapan untuk saya makan, dan untuk kawan-kawan (kuih-muih atau bihun). kalau nak fikir logik gaji saya separuh saya bagi mak ayah.. 1/4 saya buat saving jadi tinggal 1/4 untuk survive. kalau fikir mesti tak pecaya I can survive for each month.

tapi saya sentiasa pecaya, kalau kita bersedekah setiap hari dan berdoa semasa kita buat kebaikan tu insyaAllah Allah permudahkan untuk dapat apa yang kita mohon dekat Allah.

bila cerita bab kewangan, ye saya tahu ade background finance. tapi saya ni bukanlah strict sangat jaga kewangan. haha.. hidup ni simple je.. saya tahu saya kena bagi mak ayah, adik beradik sikit, simpanan 1/4 dan baki tu untuk saya survive ( termasuk makan minum+ Transport + bil telefon). sedekah tiap hari . kawal nafsu shopping insyaAllah cukup untuk melalui kehidupan.

berbalik pada tajuk, sebenarnya kawan saya macam marah jugak sebab saya belikan breakfast tiap hari. hmm.. habis tu tak kan la kalau saya makan orang lain kelaparan. kan bagus kalau kita makan sama-sama. hehe.. jadi disebabkan kawan-kawan saya ni bukan lah breakfast person.. saya selalu belikan kuih muih je .

hikmah saya bersedekah melalui belikan sarapan untuk kawan-kawan ni. salah satunya, alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk saya dan duit saya dapat insyaAllah  berkat amin.

saya selalu terfikir, kalau la sebab makanan yang saya belikan dapat elakkan kawan saya daripada gastrik pun satu ibadah hehe. kan?


my favorite!