Monday 20 February 2012

Bersugi sebelum Solat

Assalamualaikum semua!! lagi sebulan result akan keluar!? wohaa...haha ok saya bukan nak cakap pasal result saya hehe.. saya nak cakap hari ni berkenaan BERSUGI SEBELUM SOLAT..


Hadis Abu Hurairah r.a:Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim) sumber http://muslimteenagers90.blogspot.com

jadi saya nak beritahu anda semua..banyak fadhilat bersugi sebelum solat..hehehe.. mudah sahaja untuk mendapatkan pahala.. ambil je berus gigi letak ubat gigi dan gosok.oh! xperlu la anda semua fikir kena cari kayu sugi ke? ubat gigi kayu sugi ke? yang penting amalkan dan jadikan kebiasaan supaya memberus gigi ketika hendak solat..

kalau kita boleh berus gigi kalau nak pergi sekolah ke? nak pergi jumpa kawan-kawan ke? tak boleh ke kita memberus gigi sebelum menunaikan solat? hehe..mesti boleh punya kan..oklah sekian.. :)



Thursday 16 February 2012

Anda Perasan tak??







Assalamualaikum..anda semua perasan tak? masa berlalu dengan begitu pantas??? saya tak tahu pun hari ni hari khamis!saya masa tengah makan akak saya cakap..yeay esok jumaat..saya : hah?? biar betul! haha.. kalau muka terkejut saya mmg semua orang tak tahan nak tengok.. sangat la over.hehe.. oh!cuma kawan baik saya je tahu mcm mana muka terkejut saya..lepas akak tengok muka terkejut saya dia terus cakap..itu lah.. masa nak exam sibuk online..saya : erk? apa pulak pasal exam? saya bukan terkejut pasal result exam..pastu saya dah cool down sikit.. tak ada la muka terkejut saya tu dah..akak tanya..abis tu knp? saya terkejut sebab masa berlalu dengan pantas sangat..saya tak perasan dah hari khamis! saya takut nak kiamat dah..tapi amalan masih sikit.. cukup ke? nak masuk syurga? saya nak sangat masuk syurga! wallahualam.. pernah tak anda semua terbaca..


 Daripada Anas bin Malik ra berkata : Rasulullah SAW bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api". Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

 Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yuang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat..... sumber http://rockapak.org


 ini la yang saya teringat waktu tu ..:( semoga saya dipermudahkan untuk melakukan amal kebaikan serta dikurniakan kesihatan yang sempurna untuk beribadat kepada Allah s.w.t.. bukan hanya saya..tapi untuk kedua ibubapa saya.. ahli keluarga saya..rakan-rakan saya..dan untuk semua umat islam.. semoga kita sentiasa sedar dan dekatkan diri dengan Allah..

Saturday 11 February 2012

Mencari yang sempurna..

                                                    

assalamualaikum.. saya hari ni nak bercakap tajuk berkenaan mencari yang sempurna..yelah kita semua bukannya sempurna..banyak perkara yang perlu kita ubah, yang kena kita ubah, yang kena marah sbb tak ubah-ubah hehe.. ok itu lain..lumrah manusia yang sering kali mencari yang sempurna..walaupun kita tahu kita tidak lah sempurna..saya pernah bagi cakap dekat kawan saya..tak semua orang sempurna di mata manusia..tetapi yang kita cari ialah orang yang sentiasa ingin sempurna dan berusaha untuk sempurna walaupun dia masih banyak kekurangan untuk syurga-Nya.. bukan di mata maanusia.. tapi di mata Allah..tuhan sekalian alam..setiap orang saya rasa terdetik dalam hati untuk berubah.. cuma yang membezakan nya...adalah.. usaha atau langkah yang di mulakan untuk melaksanakan hassrat hati yang terdetik itu.. yelah bukan senang nak berubah..banyak dugaan.. tapi yakin lah.. berubah kerana Allah.. walaupun mula-mula kita rasa macam terpaksa.. tapi kalau kita ikhlas.. lama-lama..kita akan tenang..hati kita mula lapang.. sebab kita sedang mendekatkan diri dengan Pencipta kita.. Dia yang melapangkan hati kita.. memudahkan jalan-jalan yang kita harungi.. saya sendiri pun sedang cuba berubah.. sedikit demi sedikit.. dan terima kasih kepada kawan-kawan saya yang tidak lokek berkongsi ilmu dengan saya..semoga Allah membalas budi kalian..oklah berbalik pada tajuk.. kalau kita ingin seseorang yang baik.. kita sendiri kena jadi baik.. hehe..betul kan? jadi tak guna nak minta yang lebih-lebih jika masih banyak kekurangan.. lebih baik kita semua perbaiki diri kita dahulu.. jadi seorang yang bermujahadah.. tiada ruginya.. Allah maha Mendengar lagi maha Mengetahui.. sekian, salam sayang :)

Doa selepas berwuduk :)

assalamualaikum semua.. minggu saya ada belajar satu perkara..iaitu membaca doa selepas berwuduk.. benda ni bukan baru tahu, dulu dekat skola menengah dah tahu dah.. ada buat amali.. tapi saya tak amalkan.. sangat merugikan! :( saya..sebenarnya tercari-cari buku tentang solat.. yang ada bacaan tetang solat serta maksudnya dalam bahasa melayu.. sebab saya nak perbaiki dan cuba memahami bacaan dalam solat.. lagipun dengan faham apa yang kita baca..boleh membantu kita supaya kusyuk di dalam solat kan?.. saya tanya akak-akak saya kalau ada terjumpa buku mcm yg saya nak tu.. tolong beli.. Allah maha Mendengar lagi maha mengetahui.. nak tahu, lepas sy solat sy ternampak satu buku ni dekat depan rak buku tempat saya solat...mak saya beli dah lama dah..cuma saya tak sempat nak baca dalam dia..apa isinya.. nak tahu..dalam buku tu ada cara solat yang betul...serta maksud bacaan yang kita baca dalam bahasa melayu! oh..dah dari situ juga saya belajar balik dan amalkan balik membaca doa selepas berwuduk.. sangat bersyukur..nak tahu apa buku tu? tajuk buku tu adalah.. indahnya hidup bersyariat - ustaz ismail kamus.. buku ni sangat bagus.. ada banyak info! anda boleh beli..nanti okay? beli buku macam ni tak membazir malah dapat pahala...oklah, berbalik pada tajuk..doanya sangat mudah dan senang utk dihafal..ni dia doanya.. 

                                                                  kalau boleh hafal sekali maknanya...mudah je kan? apa kata anda amalkan..dapat pahala..hehe..lagipun banyak fadhilatnya..bagi sesiapa yang membaca doa ini selepas berwuduk..maka akan keluarlah segala dosanya daripada segala anggotanya  dan dicap pahal wuduknya dengan satu cap yang ia tidak akan mati dalam keadaan murtad dalam erti kata lain ia akan mati dalam keadaan beriman dan wuduknya kan diangkat ke langit dan air wuduk itu sentiasa bertasbih dan bertafakur dan ditulis baginya pahal sehingga hari kiamat.. tengok tak rugi kan...yang penting kita buat dengan ikhlas...apapun sumber ni saya baca dari buku  yang mak saya beli ni. semoga setiap yg diberitahu..medapat pahala buat penulis buku itu..amin...oklah sekian sahaja.assalamualaikum.. :)