Saturday 27 July 2013

Alphard ke Kancil? pilih cepat..

Assalamualaikum semua!

ok sekarang ni saya nak tanya awk.. kalau orang yang bawak kete Alphard dengan kete Kancil.. mana yg lagi bagus?

............apa? xdengar la awakk.... ohh alphard ek? *sebilangan besar akan jawab ni.ngehehehe

............erk.. awak ckp Kancil lagi bagus??*sebilangan kecil yg jawab...

betul ke kancil? hahaha awak jangan hipokrit laaa... 0_o

ok saya tanya untuk kali terakhir sapa yg lagi bagus ni??

'ALPHARDDDDDDD!!! ' *semua jwb ni pulak. (tepuk dada tanya hati sendiri utk jwpan tulus dr anda)

ohhh alphard ek? kenapa sebab kete dia lagi mewah n dia lebih kaya so dia la lg bagus kan?
abis kancil tu kete dia kecik n xmewah so dia xbagus? macam tu?

siapa yang ajar kita nilai macam tu? siapa? saya tanya siapa ajar awak ?
'...... mmg macam tu la.. nak tahu dia lagi bagus..yg bawa kete mewah dia la lg bagus.sbb mampu byr kete mahal macam tu..'

ohhh..memang comman sense la kan? tp mana awak tau ntah-ntah kerete kancil tu kerete no.7 orang tu?haaaaaaaaaaaa...nampak tak sekarang ni? kita menilai orang tu bagus atau tak dari segi MATERIALISTIK!
kita xperasan kan? sebab apa? sebab kita dah di cucuk dengan ideologi barat yang mementingkan materialistik...

Nabi Muhammad ada ajar kita ke tgk materialistik? xda kan.. tapi kita terlalu banyak disogok dicucuk oleh idealogi barat yang kita sendiri tak perasan.. sedangkan dalam islam..kita xboleh nilai macam tu... yang membezakan kita adalah amal dan takwa seseorang tu...

so lepas ni kalau orang tanya... 'weh kau rasa yang bawa kete Alphard ke kancil lg bagus'
anda kena jawab.. 'DEPENDS LA.. (haha sebab kita tak tahu siapa lagi bagus.. mana boleh menilai dari luaran kan)  jom ubah mind set! kita berfikir ikut pandangan islam.. bukan ikut barat kerana idealogi barat hanya menilai seseorang dari segi material..

sekian sahaja perkongsian saya dari ceramah abg bat masjid negeri shah alam :)



Thursday 27 June 2013

Pengawas a.k.a pengganas? tidak...tidak sama sekali.

assalammualaikum semua. :)




hari ni tiba-tiba aku nak citer pengalaman jadi pengawas selama 2 tahun di Smk Assunta.
sapa kata jadi pengawas tak best? xcukup masa nak study  la apa la..? hmm... sebernarnya best tau jadi pengawas. hehehe nak tahu kenapa?

lets check it ouuuuuttttttsssss~~
first of all.. aku ni jenis obses sikit kalau cakap mengenai markah koko ni..lagi-lagi waktu form 4 form 5 orang kata kena cari markah koko banyak-banyak..kalau jadi pengawas markah bonus 6 kot kalau xsilap. almaklumlah..nak sambung belajar nanti dia ambil kira markah koko gak. dengan bersemangat nya.. aku pun amik la tawaran jadi pengawas tu. hehe.. time interview main2 je. tp alhamdulillah dpt jugak jd pengawas percubaan selepas tamat tempoh sebulan dapat jadi pengawas rasmi.syukur :)

ni haaa gambar masa prefect Installation

dan bila kita jadi pengawas ni perkara yang bestnyaaaaaaaa!!! dapat rehat awal hoho.. bestnyaaaa.. selalu kat skola. kalau dah lapar tu.. padahaal belum waktu rehat. hehe saja cakap. teacher i need to go recess now. aiseh, cikgu nak halang xboleh sebab nnt aku nak kena buat duty masa pelajar-pelajar biasa rehat pulak kan? haha.. maka berlepas la saya ke kantin bersama Esmah.. best rehat awal.. kantin tu kami yang punyaaa.. xyah berebut2..pilihan makanan pun masih banyak.. haaaa pilihhh pilihhh... memaang makan sakan la . tapi waktu form 5 xda la nak makan lama2 kat kantin tu sebab ada prefect on duty tgk.. mana2 pengawas yang lepak kantin lama-lama.hahaha.. padan muka xleh nak santai2. :P

seterusnya.. bila jadi pengawas ni.. paling best boleh merayap keliling skola. tanpa pakai pas. almaklumlah..cikgu kan suka minta tolong pengawas jadi. pengawas ni kehulur kehilir mesti ada sebab musabab nye ye dak? haha...dapatlah mencari ketenangan.. sikit. yang penting kalau nak kehulur kehilir pouch n buku 555 n pen mesti bawa sekali ( untuk catat kesalahan pelajar2 ), mana tahu nnt guru disiplin spot check pulak time tengah merayau2 tu. xke padan muka sendiri?

ohhh lagi.. yang bestnya ada jamuan pengawassss!!dekat hotel kot. best.. hi tea..pilihan makanan yang banyak mmg kitorg makan sakan la. masa form 4 kena bayar duit untuk jamuan. tp masa form 5 xyah bayar. sebab duit pengawas banyank sangat so senior makan freeee hehe.




tapi tak dinafikan jadi pengawas memang memenatkan. tapi boleh kurus kot. hahaha. yang penting kita timba pengalaman tu kan? kalau korang dapat tawaran jadi pengawas ambil. jangan sia-siakan peluang tu. serius best. tapi best bila korang jadi pengawas time senior je lah. haha . :)

anyway...enjoy walaupun memenatkan hehe :)

p/s : jadi pengawas boleh bantu cikgu dan cikgu prefer minta tolong dekat pengawas secara tak langsung dapat melakukan kebaikan dan mengumpul pahala. ye dak?

Friday 21 June 2013

Result PSPM.. prank moment! haha

assalamualaikum semua,

malam ni exited nak update lagi haha. nak cerita pasal prank moment tarikh result Pspm 2.
mula-mula upu sebarkan tarikh pelajar - pelajar boleh check result 5/6/2013 jam 12 tghari.
so aku ni dok berdebar2 la... dah terbangun pukul 10 pagi tu. untuk mengelakkan debaran tu aku sambung tido. sampai pukul 12 macam tu.. aku on fb mana tau ada yang dah dapat result kan? rupa-rupanya tarikh tu di tunda.. punya la mengamuk dan macam- macam yang budak-budak matrik cakap dekat twitter and fb. haha lawak je baca status-status dorang.

tapi bagi aku.. oklah... bersyukur la result kuar lambat sehari ..boleh doa lebih sikit kan? ahak! keesokkan hari nya 6/6/13 barulah result budak-budak matrik ni keluar.. haha baru dorang puas hati. hehe. aku pun puas hati.. sebab takut jugak tunggu lama-lama ni kan..

result matrik sem dua aku alhamdulillah dapat 3.91. sem satu dapat 3.71 . bersyukur sangat ada peningkatan. semua ni rezeki Allah bagi. jadi total up. pngk 3.81...kejayaan yang datang ni kadang kala bukannya 100% hasil usaha kita belajar, tapi kadang kala kita tak perasan mungkin kita dapat result bagus sebab doa mak ayah, lecturer yang banyak doakan kita ye dak? jadi.. bersyukur jelah dengan keputusan yang kita dapat.Allah maha mengetahui.. tak yah sedih atau bangga. sebab kita tak tahu punca kejayaan n kegagalan kita in details.

ye usaha itu amat penting. tapi bukan ke doa itu senjata mukmin? kita seimbangkan dua-dua Allah akan aturkan rezeki untuk kita nanti. Allah maha penyayang lagi maha pengasih.bersyukur dan terus bersyukur.
so sekarang ni budak-budak matrik tengah tunggu result upu. harap-harap dapat kursus yang diminta .amin...

Kak Sal..pekerja indonesia.

assalamualaikum semua,
malam ni aku nak cerita mengenai seorang yang aku kagumi dalam diam,walaupun baru kenal tapi aku sering kagum dengan sikap dia.sebenarnya aku baru seminggu bekerja sebagai pembuat biskut raya di kedai kawan emak aku, hehe masuk pukul 9 pagi habis kerja pukul 6.30 (kadang2 abis lambat sikit) dan kak sal juga merupakan oarang baru yang masuk kerja dekat kedai Cik Zai (owner kedai biskut) . aku kerja sama-sama dengan akak aku (kak cik) kami berdua pekerja baru.. sama juga macam kak Sal.

almaklumlah kitorg semua ni first timer.. tangan tu macam lambat sikit la buat keje. lagi-lagi kalau nak buat biskut ni tangan kena lembut. haha tiba teringat kata cik zai "sapa tangan keras acik zai suruh menari nnt biar tangan lembut sikit" .cis kena menari bagai? tak nak aku. haha. baik belajar lembut kan tangan sebelum kena belajar menari .tapi walaupun Kak Sal ni baru masuk tapi dia seorang yang fast leaner. buat biskut cepat n pantas. dia sebenarnya baru kawen dah 3 bulan tak keje. katanya duduk rumah 3 bulan abis semua baju-baju n seluar tak muat. hmmm sedih dengar cerita dia xmuat baju.

kak Sal ni seorang yang baik hati dan bekerja gigih. lepas siap buat  biskut dia mop lantai la.. basuh-basuh pekakas la.. sepanjang aku dengan akak keje kitorg tak pernah buat keje berat macam basuh pinggan semua. dia tak merungut pun. sebab dia tahu susahnya nak cari pekerjaan, dia ada cerita sebelum dia dapat kerja buat biskut dengan kitaorg dia penat cari keje, tapi tak dapat. kak Sal ni kalau kerja dia ada orang call dia akan cakap dia tengah kerja jangan ganggu. walaupun yang call tu suami dia ke sapa-sapa. dia kata kalau waktu kerja saya kerja . kalau waktu tido saya tido.. saya tak suka orang kacau. kalau dia masih ganggu saya cabut bateri fon saya.

hebatkan pendirian dia ni..lagi,dia cerita dekat indonesia barang-barang memasak macam bawang ,cili, tepung semua mahal.. kat sini murah-murah je. sekilo bawang RM 20 harga malaysia. katanya disini untung ada subsidi di indoesia tiada subsidi.tapi kalau baju-baju murahlah dekat indonesia.tiap kali dengar cerita  Kak Sal aku jadi kagum+bersyukur. kagum dengan semangat dia bekerja kegigihan dia.. bersyukur berada di bumi Malaysia. mempunyai negara yang ekonomi stabil dan jurang ekonomi yang tidak terlalu besar.

dulu aku masa mula-mula kerja asyik merungut je penat keje la nak berhenti la. tp bila aku fikir balik, kak sal lagi buat banyak keje dari aku. tapi dia cool jek.. dan baru aku sedar jika banyak merungut tu maknanya kita kurang bersyukur.padahal sibuk dok kata bersyukur2. merungut tak kurang jugak. so i manage to stop complain n syukur more. Ahamdulillah terima kasih Allah atas nikmat yang telah kau kurniakan.

                   

                                                    


Wednesday 8 May 2013

My very own club! MC club :)

assalamualaikum semua, apa khabar semoga sentiasa dibawah rahmat-NYA.
baiklah sekarang saya nak bercerita tetang kelab yang saya tubuhkan bersama rakan2 di matrik iaitu Kelab Pengacaraan.. kenapa kitorg nak tubuhkan? yelah kalau korang nak tau. markah koko dekat matrik sangat penting.. untuk korang dapat masuk U. sebab ada 10% markah untuk dicampur dgn 90 % markah PNGK nnt. jadi jgn sangka 10 %  ini xbermakna. :)

berbalik pada kelab pengacaraan.. ada banyak dugaan nak tubuhkan kelab ini.. jangan ingat mudah.. syukur dengan bantuan AJK tertinggi kelab akhirnya kelab ini dapat ditubuhkan dan saya memangang jawatan pengerusi kelab. mula2 memang rasa gementar nak beri ucapan waktu first meeting.. hehe.. xsangka kelab ni dapat sambutan ramai. 82 orang yg dapat masuk kelab ni.. pada mulanya AJK tertinggi terhadkan 40 org ahli je. tp ramai bt rayuan jadi kita buka la ruang utk dorg masuk..sebab kesian dorang pun nak kumpul markah koko jugak kan.

ok lets jump into club activity! MC club telah buat satu program iaitu Malam Mahabbah Gaza.. pada mulanya saya nak buat kutipan derma ni kecil2-lan.. tp Pengarah kolej minta jadikan sebagai program kolej. mulanya mmg terkejut..yelah im nobody..first time handle program besar melibatkan wang n dua buah negara* (palestine) . syukur ada ramai yang membantu.. pensyarah unit kemahiran dinamika.. persatuaan Assaff , JPP dan HEP turut membantu.

nak dijadikan cerita hampir sebulan kami bermesyurat antara (assaff, jpp and kelab pengacaraan) letih meeting tu jangan cakaplah.. demi membantu Palestine yang dikasihi..alhamdulillah ramai yang beri kerjasama..sampaikan saya demam.. haha demam bukan pasal kena hujan tp demam sebab banyak sangat kena fikir, mujur Pengarah projek (Sulaiman , dia ni sgt cool and kelakar.. muka gf dia mcm jessie rose!)  dan AJK tertinggi Malam Mahabbah Gaza banyak bantu dan beri sokongan.. saya tinggal nak pantau dan pastikan semua berjalan seperti yang direncanakan.

alhamdulillah syukur..berkat usaha semua pihak.. majlis berlangsung dgn jayanya... kutipan derma untuk Palestine malam itu kitrog dapat RM 10K ++.. syukur ramai pelajar dan pensyarah serta warga KMS yang pemurahhh ..semoga usaha untuk membantu Palestine.. dan umat islam akan terus bergerak.. InsyaAllah..
besedekah itu mensucikan harta kan.. banyakkan bersedekahh.. insyaAllah ganjaran yang besar akan diperolehi... kerana Allah itu maha mengetahui... sedikit tidak mengapa janji keihklasan itu yang di lihat :)



Banner yang di sponser oleh Aqsa Syariff . syukur alhamdulillah..sangat pemurah.


this two cute chinese they are my club member :)



ni wakil Assaff untuk jualan brgn Aqsa Syariff

syukur 2000++ pelajar kms hadir. alhamdulillah :)


 saya bersama pensyarah penasihat MC club Pn Patimah :)


Pengarah kms menyampaikan cenderhati kepada penceramah .


bersama wakil Aqsa Syariff


ni wakil2 bahagian derma langsung



                                 ok ni ahli kelab pengacaraan dan biru turqoise tu baju kelab kami!


saya kembali menulis.

assalamualaikum semua. yea.. saya kembali menulis. haha.. dah lama update blog sejak masuk Matrikulasi Selangor , kehidupan sebagai seorang pelajar matrik sangat sibuk dan padat. jadi tiada ruang untuk update blog.. hampir setahun blog ini tiada penghuni. tapi sekarang im back!

sekembalinya saya disini. nak cerita tetang pengalaman sepanjang belajar di kolej matrikulasi selangor (KMS). ada suka duka manis masam tawar. yea senang citer semua ada lah! hehe

kalau korang semua nak tahu..memang pilihan pertama saya untuk sambung pelajaran ,lepas tamat sekolah menengah untuk menuju ke matrik. jadi segala pahit penat semua kena tanggung sendiri sebab ini kehendak diri kan. apapun saya nak bagitahu tiada rugi masuk matrik.nak tahu kenapa?? jom kita jelajah kembara pengalaman saya.

1.dapat tubuhkan kelab pengacaraan .wink wink... im miss president :) *banyak sgt dugaan dan cabaraan ! saya akan buat 1 post mengenai kelab ini yea kawan2

2. jadi class rep untuk subjek acc * ni pun ada suka duka nya..hehe.. * 1 post utk cerita pengalaman jadi class rep .

3. dapat jadi johan untuk hari inovasi di kms! *bertanding dgn 19 praktikum yo!!! debarrrrr. * ni pun saya akan kepilkan bersama 1 post istimewa... pahit pada mulanya..tp Allah maha mendengar diberikan kemanisan pada pengakhiran pada saya. syukur ya Allah

4. naib johan untuk wakil kebangsaan bertanding dengan 14 or 15 (*xpasti bilangan dia.dah lupa hehe..) kolej matrikulasi termasuk kolej mara bawah kementerian pelajaran malaysia
.program i-DICA.

5. dapat roomate and classmates yg gempak ha ha ha! selepas ini saya akan update tentang insan2 yang superb di kms ye..

oklah nnt saya post lg  mengenai perkara diatas ye