Wednesday 18 October 2017

Sarapan Pagi , Saya sediakan.

Hi assalamulaikum semua. :)

breaksfast like a king! hehe

Kalau nak ikutkan saya  seorang yang memang nak wajib makan sarapan. lunch tak sempat tak pe. janji sarapan dah makan .Disebabkan saya pergi kerja naik LRT jadi memang setiap hari akan lalu depan kedai-kedai jual nasi lemak, bihun goreng dan segala macam kuih muih.

biasanya saya akan beli sarapan untuk saya makan, dan untuk kawan-kawan (kuih-muih atau bihun). kalau nak fikir logik gaji saya separuh saya bagi mak ayah.. 1/4 saya buat saving jadi tinggal 1/4 untuk survive. kalau fikir mesti tak pecaya I can survive for each month.

tapi saya sentiasa pecaya, kalau kita bersedekah setiap hari dan berdoa semasa kita buat kebaikan tu insyaAllah Allah permudahkan untuk dapat apa yang kita mohon dekat Allah.

bila cerita bab kewangan, ye saya tahu ade background finance. tapi saya ni bukanlah strict sangat jaga kewangan. haha.. hidup ni simple je.. saya tahu saya kena bagi mak ayah, adik beradik sikit, simpanan 1/4 dan baki tu untuk saya survive ( termasuk makan minum+ Transport + bil telefon). sedekah tiap hari . kawal nafsu shopping insyaAllah cukup untuk melalui kehidupan.

berbalik pada tajuk, sebenarnya kawan saya macam marah jugak sebab saya belikan breakfast tiap hari. hmm.. habis tu tak kan la kalau saya makan orang lain kelaparan. kan bagus kalau kita makan sama-sama. hehe.. jadi disebabkan kawan-kawan saya ni bukan lah breakfast person.. saya selalu belikan kuih muih je .

hikmah saya bersedekah melalui belikan sarapan untuk kawan-kawan ni. salah satunya, alhamdulillah Allah berikan kesihatan yang baik untuk saya dan duit saya dapat insyaAllah  berkat amin.

saya selalu terfikir, kalau la sebab makanan yang saya belikan dapat elakkan kawan saya daripada gastrik pun satu ibadah hehe. kan?


my favorite!







Friday 8 September 2017

2017 going to end soon

Assalamualikum semua.

Ya Allah dah lama nya tak menulis kat sini haha.. event though I  know no one will read this but at least I must write something to generate idea or to keep my memories here. so that my brain got more free space! haha aci tak? apa2 jelah hehe.

ok what happen this year. lets summarize it!

among 1000 applicants.. 40+ were selected to interview..10 are chosen to become Kfh management trainee.. they said.. those who are selected are cream over cream ..

alhamdullilah..I have never thought what I wish came true..SubhanAllah besar sungguh kuasa Allah tu kan.. I remember the word that I have said to myself. if one day I work with bank..I wanted to enter islamic bank. kuwait finance house is the number 1 (by asset) islamic bank in the world but in term of distribution KFH will be at 2nd rank.

talking about kfh, alhamdulilah the environment are amazing. syukur alhamdulillah. ada solat jemaah, ada senior yang supportive, ada rakan yang lawak gila.. Ya Allah terima kasih atas semua nikmat ini.

I am so glad kfh sent 10 of us to training at asian banking school. fully sponsored alhamdulillah..
during the class I have learn from experienced bankers (with 20 years of experience). fantastic right! basically this is the best place to build networking.. sebab student from ABS are come from various bank. hehe.. tp still xjumpa lagi jodoh. eh mestilahh kita pergi sana belajar bukan cari jodoh. haha..


ok next is, convocation day! my convocation was held on 16 may 2017 at Dewan Sri Temenggong.. that was amazing day. I though convocation will be boring..hehe ( imagination sgt) ..it turned out something memoriable.. dapat reunion dengan geng grupskegaduh hehe.. orang yang selalu menceriakan hari di zaman universiti.alhamdulillah dapat relasasikan impian utk grad with first class honors.


Ptptn. alhamdulillah thank you Malaysian gov sudi bagi Ptptn.. and because of the first class degree im excluded from paying back the education financing. RM19K total cost of study being waived. thank you Uitm segamat jugak for providing complete document for us to be submitted to Ptptn. mudah keje saya, hehe


what else, hmm oh ya, this year alhamdulillah my weekend fully packed! haha.. enjoying spend my weekend by teaching SPM students accounting subject. kak hani doakan korg semua dapat straight A's ok. yang penting usaha.. result tu rezeki yang allah berikan berdasarkan yang terbaik untuk kita.


I was thinking to buy house. hmm so must start saving ! kawal emosi nak beli barang. insyaAllah kalau ada duit nak pergi umrah dgn mak ayah and family. semoga Allah permudahkan aqilah hani beli rumah by age 24 and pergi umrah amin3


ok thats all. till I write again :)






Tuesday 23 August 2016

Kak Hani tak bosan ke?

Learning should be fun..
students tutor asked me "kak hani tak bosan ke tgk muka kitorg selalu "? Sbb aritu dorg request utk continous class until trial accounts paper..
Pastu kte jwb la " kenapa bosan tgk muka kak hani ke?" Hahhaa.
Pastu eksaited convincing " tak tak kitorg suka". Hahaha ni semua poyo.


  minta si model-wanna-be ni explain kat kawan kwan dia





students yang best kelakar, dan sporting!

Thursday 18 August 2016

Aku dan Impian

hai Assalamulaikum semua,

aku nak share impian aku lah kali ni, kata orang anggan-anggan jadikan impian dan berusaha jadikan kenyataan,

okay, bermula dengan minat aku jadikan ianya satu impian aku. sebenarnya aku minat buat business+ ajar orang.. sbb antara amalan yang kita bawa sampai mati nanti kan salah satunya ilmu yang bermanfaat dan sedekah jariah.

of course la kalau jd business women kita akan banyak duit haha.. tapi aku nak buat duit dengan sesuatu yang aku minat! iaitu tolong sampaikan ilmu . ye, sebenarnya belajar tak susah sangat untuk cuma kita kena tahu teknik yang betul.. dan ade spot and past year/past sem hahah. just kidding.

dan bila kita ada impian mesti kita ade idola kan? nak tahu siapa dia idola aku? haha tak lain tak bukan ANDREW CHOO. my previous tuition centre.. hehe dulu tuisyen sini dan aku bukan tuisyen pergi tuisyen balik camtu je okay. aku perhatikan mcm mana dia berbusiness.. mcm mana dia treat customer as student and major income sources to his company.. macam mana dia deals dgn problem, macam mana dia layan staff.. menarik! dan dia chinese tapi kaya dan  biasa2 nampak mcm xkaya haha humble je,, hujung tahun buat jamuan sponsor A&W bestnyaaa . itu yg best makan free haha.



oh nak tahu apa impian aku tu? hehe Aku nak bukak tuisyen centre pro in subjek akaun. sebab aku pelik sangat kenapa dulu aku rasa akaun susah sgt haha.. tp alhamdulillah Spm A. cuma,, aku rasa ada teknik mudah utk faham konsep yang aku nak sebarkan seluruh malaysia, TEKNIK A+ PRINSIP PERAKAUNAN, aku nak jadi individu yang bantu semua murid untuk mudah faham dan rasa senang je akaun ni sebenarnya. tak sabar nak buat seminar kat dewan besar. haha,, aku selalu berangan tp mana tahu impian jadi kenyataan. buat masa sekarang aku dah start buat tutor,, alhamdulillah student form 4 maintain A and student yg baru masuk improve banyak  syukur alhamdulillah..maksudnya aku dah start mula melangkah untuk merealisasikan impian aku. yeah! :P

dan aku nak bukak business ni utk jadi owner and uruskan management (collect profit) je sambil ajar subjek akaun on weekend,untuk subjek lain tgklah kita cari network cikgu or student yang boleh ajar dgn teknik kefahaman,nak cari rezeki halal ni penting bagi aku.. kalau rezeki kita cari halal dan diberkati insyaAllah jadi darah daging dan keluarga pun nnt bahagia dan sihat hehee.

business ni sebenarnya part time jela, sebab aku suka kerja dapat monthly income (collect gaji)..haha banyaknya la impian aku ni.. kalau kerja aku nak jadi someone well known in that field aku xsuka kerja rutin sama je aku suka join macam conference share idea, masuk pertandingan invosi yg mencabar sikit daripada key in data je haha,, aku nak jadi seorang decision maker? so means somebody la kan,..hehe tapi kita tak tahu apa yang terbaik untuk kita so just do what u want as long it benefit the ummah. kalau boleh dapat gaji + dapat profit kan best ( term economic :P) so bila dah banyak income boleh belanja mak ayah dan beri sedekah lebih banyak. hidup kat dunia ni kan sementara.. so jom buat baik banyak-banyak.


WHEN YOU WANT IT THE MOST, THERE IS NO EASY WAY OUT... ;)







Wednesday 17 August 2016

Dilemma

Hai assalamulaikum, 

bila la pengakhiran cerita dropship ni nak abis.. ok apa yang dilemma sangat. dilemma bila customer kau minta update dan kau dah blur tak tahu nak respon apa. kepala pun sakit makan tak lalu ( ni propa).. dan asyik tido?

haha apa kaitan simpton atas tu? ok kaitannya macam ni aku ni xsuka susahkan customer buat dorang msg tiap masa...tp bila dorg start msg dan aku xtau nak reply apa aku jd bersalah pastu pening kepala fikir bila nak selesai.. bila banyak fikir malas nak makan ( tapi lapar pastu turun gak bwh cari makanan haha) dan tido adalah lebih baik sbb kau dapat lupakan masalah tu jap. haha nampak tak?

lagi satu aku ni xsuka simpan sorang- sorang nak citer kat orang. tp xnak citer kat orang negatif minded nnt lagi problematic.. dan nasib baik aku ada student yg sporting afiqah comel! hahaha.. aku anggap dia dah macam kawan or adik sendiri memandangkan xada adik perempuan. sbb dia ni baik hati and sangat memahami boleh bawak bergurau style bdk U. hahahaha

lepas aku penat tunggu en H reply, he seems so busy  and i dont know what he's doing maybe lots of work..aku pun rasa bersalah asyik msg.. pastu dia kata nak call? aku cakap msg jela..pastu macam mana nak msg dia tgh driving, aku pun minta maaf mana nak tahu.hehe


after a fews hours, aku tertido aku ingat dia dah balik or sampai destinasi dia,, so aku pun msg la dia,, minta dia reply ( dah mcm apa je paksa2 org reply) im not like this. pls forgive me,, the customers force me from inside. dush!and he snap picture as a prove that hes still driving huhu..

ok aku pun lepas solat maghrib tido la balik.. haha kan dah cakap masalah ni buat aku banyak tido.
bangun tido dah pukul 10 lebih kot.. still no reply..ok xpe maybe dia baru balik nak mandi solat makan etc.. aku pun buat la apa yg patut..solat isyak, solat tahajjud solat taubat solat hajat,, minta la Allah permudahkan dan ampunkan dosa.. lepas tu online fb.. omg dpt msg lagi customer tanya,.. ok stress datang balik hahaha.

almost 12 a.m but still no reply.. aku assume En. H dah tido hahaha. hebat tak main teka teka.. so aku pun msg la dalam wassap group student aku bgtau aku geram.. hahaha. sebenarnya aku xkisah pun orang xreply msg aku tp sbb ni dah mcam berkaitan dgn pihak lain so u know the pressure is there?
even ade je xreply lebih 2 minggu benda urgent kot. haha tp aku sabar sbb dia xde kaitan dgn org lain..

pastu aku msg group afiqah je online dia la layan aku tgh geram haha,, sorry fiqa dah la esok exam.






tgk fiqa ni.. dia mcm xpecaya aku tgh mrh,, dia boleh gelak?  huhuhu...


ok aku explain situasi sebenar tp still dia gelakkan aku lagi? what huh....

.

pastu aku reply pun tunggang terbalik,, auto correctnya.. adoi hahaha.
boleh pulak dia kata ada sesuatu? and i was thinking scam ke?
and she replied sesuatu 'perasaan'

pastu tetiba masuk bab jodoh? omg fiqa,, kak hani xtau ntah ntah dia dah kawen  dah ada family ke apa benda selamba je dia cakap jodoh..sekali dpt Bengs.. haha sorry tak sengaja orang tgh mrh dia main2... pastu dah la.. nak tunggu penerbit reply i dont think so..dia dah selamat tido kot. 


semoga cepat selesai semua ni Ya Allah permudahkan la
pendekkan cerita ni jgn ada sambungan dah, biar abis cepat senang nak fokus study and interview,








Friday 12 August 2016

I am 22 and degree in finance holder :p

Assalamualaikum , ya Allah dah lama xbuat post sampai dah lupa pasword and cara nak create new post. hahaha..

Ok sebelum cerita pasal tajuk tu, just nak update aku dah grad!! haha.. tak tahu la berapa banyak dugaan yang dilalui sepanjang saat akhir pengajian tp aku rasa semua penat tu akan terbalas dengan nikmat kejayaan. so tak perlu merunggut dan marah2... sabar dan teruskan berdoa.

selalu aku ingatkan dekat students (im a private tutor saja isi masa lapang hee) kalau penat study jangan menangis  pastu give up. tak salah pun menangis, aku pun kalau dah penat sgt or sedih menangis jugak tp jgn lupa bila kita penat la kita kena banyakkan berdoa sbb Allah lihat setiap usaha kecil kita, bila kita doa masa kita penat Allah tahu.. kita mengharapkan bantuan DIA.. siapalah kita nak usaha tunggang terbalik tanpa mengharapkan sesuatu hehe.. so thats the perfect time to make dua'.


kejayaan ni aku rasa nak buat informal teks ucapan..

pertama sekali aku nak ucapkan syukur dekat satu-satu nya tuhan sekalian alam yang banyak sangat bagi nikmat dekat aku.. walaupun dosa aku banyak tp setiap doa aku ALLAH dengar cepat atau lambat tu Allah yg tentukan sbb tu kita kalau nak sesuatu mohonla secara specifik dan konsisten serta awal2  sebab doa je senjata aku sebagai hamba yg lemah lagi tak berdaya..

terima kasih tak terhingga juga  kepada mak ayah aku yg banyak layan kerenah aku yg xsuka study kat kampung (uitm segamat) dan selalu hantar aku kalau aku buat ayat sedih (rasa bersalah tp kalu balik naik bus boleh nangis kot bila teringat umah haha poyo sikit sorry)

buat adik beradik especially kakak2 sy yg selalu bg kata2 semangat, aku ni pantang sikit kena cabar..haha so i will proved to them that " yes, im good too!" ( ni mmg xleh ubah, kalau orang pandang rendah or cabar rasa mcam boost my motivation. its a good thing actually)
i love u guys! haha.. 

buat pensyarah, especially my advisor PM abdullah he asked to call him Paklah , dorg cakap apasal advisor kau sempoi hahaha, alhamdulilah Allah dah bagi yang terbaik dah tu..kita pun ok je dgn advisor jumpa bukan bnyak bincang pun, dia asyik bagi semangat je. kata dia, awak yg penting tahu apa awak buat dan konfiden. itu je yg lain citer pasal ddk mana etc2.. and pesanan akhir dia, awak nnt kenduri jgn lupa jemput sy. aku pun walaupun ntah bila kenduri apa, kenduri apa2 jelah (not spesifik to weeding right) haha..aku jawab ok paklah dok port dikson kan? hehe..

to my geng kat segamat, ni kalau nak ikutkan semua aku kawan.. even aku masuk kelas campur2 budak different kos tp kalau ade subject yg sama dorg minta nak bt appoinment ajar dekat library aku on je, sbb ilmu tu kan untuk dikongsi sbb tu terus jd ramai kawan haha. cuma kena bgtau awal sbb aku suka balik umah shah alam hee..berbalik kpd geng aku ofcoz semua perempuan yg sempoi and malas layan drama n gossip terima kasih utk korg 3 orang, tempat aku minta pendapat dan shopping , study group etc.. whithout u guys my university life must be boring haha ( kak sha, na dan shikin)

tips masuk U, berbaiklah dengan semua orang, bantu lah kawan yg xfaham..insyaALLAH kita pun akan dibantu cuma waktu dan ketika yang berbeza mungkin. 

hmm kalau nak ikutkan aku ni  budak yang biasa2 je..yang penting korang kena bersedia untuk berubah untuk berjaya dpt apa yang korang nak.. banyakkan bersedekah, solat wajib jgn tinggal, kalau tertinggal qada' la hehe pastu solat sunat dan bantu keluarga dan orang lain.. insyaALLAH dipermudahkan.

so lets begin. this my journey in education hehe.. saja throwback result

UPSR - 2A 2B 1C (Hahaha mmg xtaula kecik xnak belajar,dpt kawan pun main2 tahniah2:P)
PMR  - 7A 1B ( Ok ni sbb dah insaf sbb tercampak dlm kls bdk pandai so struggle gak la )
SPM  - 9A 1B ( yg ni un expected hehe..mungkin rezeki sbb tak give up and doa org sekeliling)
matrik- PNGK 3.82 ( kat sini banyak ubah hidup kearah islamik sikit hehe, dulu girls school :p)
degree -PNGK 3.56 ( Alhamdulillah nothing much to say, Allah sgt pengasih lagi maha penyayang )

so whats next? continue master maybe.. sbb xtau la.. masa cuti sem ni.. lps solat tetiba-tiba macam terdetik nak sambung.. maybe Allah bg petunjuk hehe..ok adios :)

Tuesday 29 July 2014

Hikmah Chicken Pox

ok assalamualikum sume.. refer kat tajuk atas tu.

nak citer pengalaman sem 2 aku ni.. sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala yang telah, akan, sedang berlaku. Subhanallah. Allahuakbar.

nak dijadikan cerita selepas sebulan masuk sem 3 aku . terkena demam campak.. atau nama lain chicken pox. seperti yang sume tahu demam campak ni nak baik dia amik masa yang lama, nak sembuh dari deman paling kurang 2/3 minggu. pastu nak hilangkan parut ni amik masa berbulan bulan jugak ..

tapi Allah maha mengetahui segala yang berlaku, disebabkan aku demam campak aku dapat Mc 1 bulan !! bayang 1 sem 4 bulan aku MC 1 bulan. so lebih kurang 3 bulan jelah aku belajar. orang lain 4 bulan.. hehee..
tp aku bersyukur sebab waktu aku sakit mak ayah jaga dan aku kena waktu awal sem.

dan alhamdullillah jugak sebab banyak presentation aku dapat (cabut undi) present as a last presentor!
nampak tak? disebalik kesusahan Allah beri kelebihan..

dan aku bersyukur demam campak ni dah sedarkan aku bahawa study awal itu penting.so next sem start je aku terus speed. sem ni banyak mengajar aku jangan bergantung harap pada orang.. yelah aku banyak tertinggal kuliah dan tutorial.. nak minta kawan ajar dorang pun mcm busy dan takut menganggu. jadi aku terpaksa datang U awal dan stayback sampai petang jumpa pensyarah sorang2. Stay library sorang. dan kadang-kadang makan pun sorang-sorang. tapi itulah kehidupan di universiti.. tiada siapa yang nak tolong kalau kita tak tolong diri sendiri.

sakit demam campak banyak beri pengajaran pada aku. aku bersyukur Allah beri teguran betapa pentingnya masa dalam sakit yang aku alami. memang itu salah satu cara untuk sedarkan aku. kalau tak lambat sebulan tak kan nye aku speed study bangun 4.30 pagi dan bermunajat pada Allah.


dan alhamdullillah mostly semua subject aku dapat highest mark among the group assignment. sekurang kurangnya dapat top up test yang hancur sebab xsempat nak cover topik.  yelah,sihat je dari demam terus kena hadap test straight for 3/4 subject hehe.. Allah maha Mengetahui.


oh nak tau citer lawak tak.. kan demam campak ada cecair dia akan tumbuh satu badan dan aku ni mmg elergic benda mcm ni. geli!!! pastu dia tumbuh satu muka. Idk I just can't accept the fact kot? haha tiap kali tgk cermin mesti nak pengsan terus nak rebah soo cepat  baring atas katil . and nak tahu tak I fainted 2 times in the toilet ! kah kah.. citer nya mcam ni.. kejadian dua kali ini berlaku di waktu subuh. masa aku nak amik wuduk aku xtgk pun muka aku kat cermin.. hanya sekilas pandang kat cermin tak pandang muka pun. pastu aku nak buka paip . tiba tiba bedebusshhhhhh!terpusing kepala terhantuk pintu dan terduduk disitu. haha
nasib baik mak ada. mak tolong papah masuk bilik.

lagi satu korang nak tahu demam campak ni badan akan panas 32 celcius and above! nasib baik dalam bilik ada aircond . alhamdulillah , memang 24 jam aku pasang aircond dan kipas hehee.. melambung bil letrik.

oklah itu sahaja Hikmah daripada sakit yang Allah beri ini. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui.
memandangkan aku tulis waktu 3 syawal so nak post gambar raya la hehe.. mentang mentang dah hilang parut demam campak kat muka. hahaha.



ok yang bajet princess tu adalah Aqilah hani, manakala yang manis depan dia adalah kakak nya arifah najihah hehehe