Saturday 14 April 2012

Al-Quran digital :)

Assalamualaikum semua, hari ni saya nak mempromosikan Al-quran digital.. seperti yang anda semua tahu Al-Quran digital hangat diperkatakan pada masa kini.. jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa saya juga salah seorang daripada penjual nya ..hehehe

Oh, sebenarnya.. kita bukan menjual Al-Quran.. tetapi menjual pen digital tu..tetapi anda anda menerima beberapa item yang lain seperti Al-quran etc.. pen tu boleh membaca ayat Al-quran..dan terjemahan nya sekali! hebat kan?  haa.. jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli nya pada harga serendah RM 280 sahaja. sangat murah berbanding harga pasaran yang memcecah RM 300 keatas..


Kelebihan Pen Al_quran Digital
# Mendapat Kelulusan KDN
# Terjemahan 2 bahasa BM-BI
# Tahan selama 8 jam penggunaan dan hanya perlu cas seperti handphone
Ringkasan model M3:
  • Aksesori yang disertakan sekali dalam kotak
  • Bateri boleh dicaj semula (kegunaan selama 6 Jam)
  • Memori 2GB
  • Perlu ‘off’ sendiri,tak automatik.
  • 4Qari.
  • Pen Membaca Yang Berdiameter 1.5cm Dan Panjang 7cm.
  • Buka Iqra, Doa Haji Dan Umrah disertakan.
  • Double Speaker.


kalau anda nak beli boleh email kepada saya : aqilahhani@yahoo.com /
 fb saya http://www.facebook.com/aqilah.ahaw sekian, terima kasih :)

Thursday 12 April 2012

Berdoalah semasa berwuduk :)

Assalamualaikum semua, ok tajuk pada post kali ini ialah.. berwuduk! hehe.. yup, berwuduk.. saya tahu anda semua solat kan kan kan? hehe..mesti kena solat..jangan la tinggal-tinggal solat..kalau dulu tak pelah, tapi jangan tinggal dah sekarang dan masa hadapan..solat tiang agama,, sesusungguhnya solat itu sesuatu yang sangat berat.. tetapi tidak bagi orang-orang beriman dan ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah ni ... sinonimnya seseorang yang mengambil wuduk selalunya..ingin melaksana kan solat..mengaji .oh! dan jangan lupa sbelum tidur pun .hehe :)

                                             

dan untuk pengetahuan anda semua..
Rasulullah saw bersabda :
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya. (hadis riwayat muslim)”
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ˜Adan' airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.: Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.
saya juga nak kongsi doa-doa yang saya baca semasa berwuduk :) 
sebelum berwuduk saya akan berus gigi (bersugi/bersiwak), kerana itu sunah nabi..      
1- membaca doa ambil wuduk
2- membasuh muka sebanyak tiga kali
(sewaktu basuh muka amalkan membaca doa dalam hati : Ya, Allah kurniakanlah cahaya di wajahku di padang mahsyar, dan kurniakan cahaya diwajahku didunia dan diakhirat )
3-membasuh tangan kanan dan kiri sebanyak tiga kali
(sewaktu basuh tangan kanan : Ya, Allah perbanyakkan lah amalan sebelah kanan-ku..terimalah amalan belah kanan-ku / sewaktu basuh tangan kiri : Ya, Allah ampuni la amalan sebelah kiri ku.. janganlah hisab amalan sebelah kiri ku )
4-membasahi ubun-ubun dan kepala sebanyak tiga kali
 (sewaktu membasahi air di kepala : Ya,Allah lindungilah aku dari kepanasan matahari-Mu dipadang mahsyar)
5-membasuh telinga sebanyak tiga kali
(sewaktu membasuh telinga : Ya, Allah..ampuni dah dosa-dosa telinga-ku..dan peliharalah telinga ku untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja)
6- membasuh kaki hingga ke buku lali sebanyak tiga kali
 (sewaktu membasuh kaki : Ya,Allah permudahkanlah aku untuk melalui Titian sirat-Mu..dan pelihara la kaki ku untuk pergi ke tempat yang baik -baik) 
7- jangan lupa baca doa selepas wuduk ya!! lihat post sebelum ni..ada saya nyatakan mengenai doa selepas berwuduk.
oklah ,sampai sini je yang saya nak kongsikan kepada yang yang membaca, boleh la lepas ni tiap kali ambil wuduk..amalkan baca doa-doa  ni dalam hati..Allah Maha Mendengar :) jadi banyakkan berdoa.. tugas kita setiap manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..saling memperingati antara satu sama lain...dan saling mengajar dan mempelajari..
p/s : kalau boleh ratakan air kat kaki tu..betul-betul.. sapu betul-betul..bagi mengalir dekat semua tempat ok :)