Wednesday 8 May 2013

My very own club! MC club :)

assalamualaikum semua, apa khabar semoga sentiasa dibawah rahmat-NYA.
baiklah sekarang saya nak bercerita tetang kelab yang saya tubuhkan bersama rakan2 di matrik iaitu Kelab Pengacaraan.. kenapa kitorg nak tubuhkan? yelah kalau korang nak tau. markah koko dekat matrik sangat penting.. untuk korang dapat masuk U. sebab ada 10% markah untuk dicampur dgn 90 % markah PNGK nnt. jadi jgn sangka 10 %  ini xbermakna. :)

berbalik pada kelab pengacaraan.. ada banyak dugaan nak tubuhkan kelab ini.. jangan ingat mudah.. syukur dengan bantuan AJK tertinggi kelab akhirnya kelab ini dapat ditubuhkan dan saya memangang jawatan pengerusi kelab. mula2 memang rasa gementar nak beri ucapan waktu first meeting.. hehe.. xsangka kelab ni dapat sambutan ramai. 82 orang yg dapat masuk kelab ni.. pada mulanya AJK tertinggi terhadkan 40 org ahli je. tp ramai bt rayuan jadi kita buka la ruang utk dorg masuk..sebab kesian dorang pun nak kumpul markah koko jugak kan.

ok lets jump into club activity! MC club telah buat satu program iaitu Malam Mahabbah Gaza.. pada mulanya saya nak buat kutipan derma ni kecil2-lan.. tp Pengarah kolej minta jadikan sebagai program kolej. mulanya mmg terkejut..yelah im nobody..first time handle program besar melibatkan wang n dua buah negara* (palestine) . syukur ada ramai yang membantu.. pensyarah unit kemahiran dinamika.. persatuaan Assaff , JPP dan HEP turut membantu.

nak dijadikan cerita hampir sebulan kami bermesyurat antara (assaff, jpp and kelab pengacaraan) letih meeting tu jangan cakaplah.. demi membantu Palestine yang dikasihi..alhamdulillah ramai yang beri kerjasama..sampaikan saya demam.. haha demam bukan pasal kena hujan tp demam sebab banyak sangat kena fikir, mujur Pengarah projek (Sulaiman , dia ni sgt cool and kelakar.. muka gf dia mcm jessie rose!)  dan AJK tertinggi Malam Mahabbah Gaza banyak bantu dan beri sokongan.. saya tinggal nak pantau dan pastikan semua berjalan seperti yang direncanakan.

alhamdulillah syukur..berkat usaha semua pihak.. majlis berlangsung dgn jayanya... kutipan derma untuk Palestine malam itu kitrog dapat RM 10K ++.. syukur ramai pelajar dan pensyarah serta warga KMS yang pemurahhh ..semoga usaha untuk membantu Palestine.. dan umat islam akan terus bergerak.. InsyaAllah..
besedekah itu mensucikan harta kan.. banyakkan bersedekahh.. insyaAllah ganjaran yang besar akan diperolehi... kerana Allah itu maha mengetahui... sedikit tidak mengapa janji keihklasan itu yang di lihat :)



Banner yang di sponser oleh Aqsa Syariff . syukur alhamdulillah..sangat pemurah.


this two cute chinese they are my club member :)



ni wakil Assaff untuk jualan brgn Aqsa Syariff

syukur 2000++ pelajar kms hadir. alhamdulillah :)


 saya bersama pensyarah penasihat MC club Pn Patimah :)


Pengarah kms menyampaikan cenderhati kepada penceramah .


bersama wakil Aqsa Syariff


ni wakil2 bahagian derma langsung



                                 ok ni ahli kelab pengacaraan dan biru turqoise tu baju kelab kami!


No comments:

Post a Comment