Thursday 16 February 2012

Anda Perasan tak??







Assalamualaikum..anda semua perasan tak? masa berlalu dengan begitu pantas??? saya tak tahu pun hari ni hari khamis!saya masa tengah makan akak saya cakap..yeay esok jumaat..saya : hah?? biar betul! haha.. kalau muka terkejut saya mmg semua orang tak tahan nak tengok.. sangat la over.hehe.. oh!cuma kawan baik saya je tahu mcm mana muka terkejut saya..lepas akak tengok muka terkejut saya dia terus cakap..itu lah.. masa nak exam sibuk online..saya : erk? apa pulak pasal exam? saya bukan terkejut pasal result exam..pastu saya dah cool down sikit.. tak ada la muka terkejut saya tu dah..akak tanya..abis tu knp? saya terkejut sebab masa berlalu dengan pantas sangat..saya tak perasan dah hari khamis! saya takut nak kiamat dah..tapi amalan masih sikit.. cukup ke? nak masuk syurga? saya nak sangat masuk syurga! wallahualam.. pernah tak anda semua terbaca..


 Daripada Anas bin Malik ra berkata : Rasulullah SAW bersabda; "Tidak akan terjadi kiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti petikan api". Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita di buru masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

 Menurut Imam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa itu ialah dicabut keberkatan daripadanya. Memang benar apa yuang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya kiamat..... sumber http://rockapak.org


 ini la yang saya teringat waktu tu ..:( semoga saya dipermudahkan untuk melakukan amal kebaikan serta dikurniakan kesihatan yang sempurna untuk beribadat kepada Allah s.w.t.. bukan hanya saya..tapi untuk kedua ibubapa saya.. ahli keluarga saya..rakan-rakan saya..dan untuk semua umat islam.. semoga kita sentiasa sedar dan dekatkan diri dengan Allah..

No comments:

Post a Comment