Wednesday, 8 May 2013

My very own club! MC club :)

assalamualaikum semua, apa khabar semoga sentiasa dibawah rahmat-NYA.
baiklah sekarang saya nak bercerita tetang kelab yang saya tubuhkan bersama rakan2 di matrik iaitu Kelab Pengacaraan.. kenapa kitorg nak tubuhkan? yelah kalau korang nak tau. markah koko dekat matrik sangat penting.. untuk korang dapat masuk U. sebab ada 10% markah untuk dicampur dgn 90 % markah PNGK nnt. jadi jgn sangka 10 %  ini xbermakna. :)

berbalik pada kelab pengacaraan.. ada banyak dugaan nak tubuhkan kelab ini.. jangan ingat mudah.. syukur dengan bantuan AJK tertinggi kelab akhirnya kelab ini dapat ditubuhkan dan saya memangang jawatan pengerusi kelab. mula2 memang rasa gementar nak beri ucapan waktu first meeting.. hehe.. xsangka kelab ni dapat sambutan ramai. 82 orang yg dapat masuk kelab ni.. pada mulanya AJK tertinggi terhadkan 40 org ahli je. tp ramai bt rayuan jadi kita buka la ruang utk dorg masuk..sebab kesian dorang pun nak kumpul markah koko jugak kan.

ok lets jump into club activity! MC club telah buat satu program iaitu Malam Mahabbah Gaza.. pada mulanya saya nak buat kutipan derma ni kecil2-lan.. tp Pengarah kolej minta jadikan sebagai program kolej. mulanya mmg terkejut..yelah im nobody..first time handle program besar melibatkan wang n dua buah negara* (palestine) . syukur ada ramai yang membantu.. pensyarah unit kemahiran dinamika.. persatuaan Assaff , JPP dan HEP turut membantu.

nak dijadikan cerita hampir sebulan kami bermesyurat antara (assaff, jpp and kelab pengacaraan) letih meeting tu jangan cakaplah.. demi membantu Palestine yang dikasihi..alhamdulillah ramai yang beri kerjasama..sampaikan saya demam.. haha demam bukan pasal kena hujan tp demam sebab banyak sangat kena fikir, mujur Pengarah projek (Sulaiman , dia ni sgt cool and kelakar.. muka gf dia mcm jessie rose!)  dan AJK tertinggi Malam Mahabbah Gaza banyak bantu dan beri sokongan.. saya tinggal nak pantau dan pastikan semua berjalan seperti yang direncanakan.

alhamdulillah syukur..berkat usaha semua pihak.. majlis berlangsung dgn jayanya... kutipan derma untuk Palestine malam itu kitrog dapat RM 10K ++.. syukur ramai pelajar dan pensyarah serta warga KMS yang pemurahhh ..semoga usaha untuk membantu Palestine.. dan umat islam akan terus bergerak.. InsyaAllah..
besedekah itu mensucikan harta kan.. banyakkan bersedekahh.. insyaAllah ganjaran yang besar akan diperolehi... kerana Allah itu maha mengetahui... sedikit tidak mengapa janji keihklasan itu yang di lihat :)



Banner yang di sponser oleh Aqsa Syariff . syukur alhamdulillah..sangat pemurah.


this two cute chinese they are my club member :)



ni wakil Assaff untuk jualan brgn Aqsa Syariff

syukur 2000++ pelajar kms hadir. alhamdulillah :)


 saya bersama pensyarah penasihat MC club Pn Patimah :)


Pengarah kms menyampaikan cenderhati kepada penceramah .


bersama wakil Aqsa Syariff


ni wakil2 bahagian derma langsung



                                 ok ni ahli kelab pengacaraan dan biru turqoise tu baju kelab kami!


saya kembali menulis.

assalamualaikum semua. yea.. saya kembali menulis. haha.. dah lama update blog sejak masuk Matrikulasi Selangor , kehidupan sebagai seorang pelajar matrik sangat sibuk dan padat. jadi tiada ruang untuk update blog.. hampir setahun blog ini tiada penghuni. tapi sekarang im back!

sekembalinya saya disini. nak cerita tetang pengalaman sepanjang belajar di kolej matrikulasi selangor (KMS). ada suka duka manis masam tawar. yea senang citer semua ada lah! hehe

kalau korang semua nak tahu..memang pilihan pertama saya untuk sambung pelajaran ,lepas tamat sekolah menengah untuk menuju ke matrik. jadi segala pahit penat semua kena tanggung sendiri sebab ini kehendak diri kan. apapun saya nak bagitahu tiada rugi masuk matrik.nak tahu kenapa?? jom kita jelajah kembara pengalaman saya.

1.dapat tubuhkan kelab pengacaraan .wink wink... im miss president :) *banyak sgt dugaan dan cabaraan ! saya akan buat 1 post mengenai kelab ini yea kawan2

2. jadi class rep untuk subjek acc * ni pun ada suka duka nya..hehe.. * 1 post utk cerita pengalaman jadi class rep .

3. dapat jadi johan untuk hari inovasi di kms! *bertanding dgn 19 praktikum yo!!! debarrrrr. * ni pun saya akan kepilkan bersama 1 post istimewa... pahit pada mulanya..tp Allah maha mendengar diberikan kemanisan pada pengakhiran pada saya. syukur ya Allah

4. naib johan untuk wakil kebangsaan bertanding dengan 14 or 15 (*xpasti bilangan dia.dah lupa hehe..) kolej matrikulasi termasuk kolej mara bawah kementerian pelajaran malaysia
.program i-DICA.

5. dapat roomate and classmates yg gempak ha ha ha! selepas ini saya akan update tentang insan2 yang superb di kms ye..

oklah nnt saya post lg  mengenai perkara diatas ye


Saturday, 14 April 2012

Al-Quran digital :)

Assalamualaikum semua, hari ni saya nak mempromosikan Al-quran digital.. seperti yang anda semua tahu Al-Quran digital hangat diperkatakan pada masa kini.. jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu bahawa saya juga salah seorang daripada penjual nya ..hehehe

Oh, sebenarnya.. kita bukan menjual Al-Quran.. tetapi menjual pen digital tu..tetapi anda anda menerima beberapa item yang lain seperti Al-quran etc.. pen tu boleh membaca ayat Al-quran..dan terjemahan nya sekali! hebat kan?  haa.. jadi jangan lepaskan peluang untuk membeli nya pada harga serendah RM 280 sahaja. sangat murah berbanding harga pasaran yang memcecah RM 300 keatas..


Kelebihan Pen Al_quran Digital
# Mendapat Kelulusan KDN
# Terjemahan 2 bahasa BM-BI
# Tahan selama 8 jam penggunaan dan hanya perlu cas seperti handphone
Ringkasan model M3:
  • Aksesori yang disertakan sekali dalam kotak
  • Bateri boleh dicaj semula (kegunaan selama 6 Jam)
  • Memori 2GB
  • Perlu ‘off’ sendiri,tak automatik.
  • 4Qari.
  • Pen Membaca Yang Berdiameter 1.5cm Dan Panjang 7cm.
  • Buka Iqra, Doa Haji Dan Umrah disertakan.
  • Double Speaker.


kalau anda nak beli boleh email kepada saya : aqilahhani@yahoo.com /
 fb saya http://www.facebook.com/aqilah.ahaw sekian, terima kasih :)

Thursday, 12 April 2012

Berdoalah semasa berwuduk :)

Assalamualaikum semua, ok tajuk pada post kali ini ialah.. berwuduk! hehe.. yup, berwuduk.. saya tahu anda semua solat kan kan kan? hehe..mesti kena solat..jangan la tinggal-tinggal solat..kalau dulu tak pelah, tapi jangan tinggal dah sekarang dan masa hadapan..solat tiang agama,, sesusungguhnya solat itu sesuatu yang sangat berat.. tetapi tidak bagi orang-orang beriman dan ikhlas dalam melaksanakan perintah Allah ni ... sinonimnya seseorang yang mengambil wuduk selalunya..ingin melaksana kan solat..mengaji .oh! dan jangan lupa sbelum tidur pun .hehe :)

                                             

dan untuk pengetahuan anda semua..
Rasulullah saw bersabda :
“Dari Abu Hurairah berkata: telah bersabda Rasulullah saw: Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk maka setelah ia membasuh wajahnya, keluarlah dari wajahnya segala dosa yang telah dilihat oleh kedua matanya melalui air atau bersama titisan air yang terakhir. Ketika membasuh kedua tangannya keluarlah dari kedua tangannya bersama air atau titisan air yang terakhir. Sewaktu ia membasuh kakinya setiap dosa yang dilangkah oleh kedua kakinya bersama air atau bersama air terakhir sehinggalah setelah ia selesai berwuduk ia bersih dari dosa-dosanya. (hadis riwayat muslim)”
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Bersabda Rasulullah s.a.w.: Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ˜Adan' airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.: Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.
saya juga nak kongsi doa-doa yang saya baca semasa berwuduk :) 
sebelum berwuduk saya akan berus gigi (bersugi/bersiwak), kerana itu sunah nabi..      
1- membaca doa ambil wuduk
2- membasuh muka sebanyak tiga kali
(sewaktu basuh muka amalkan membaca doa dalam hati : Ya, Allah kurniakanlah cahaya di wajahku di padang mahsyar, dan kurniakan cahaya diwajahku didunia dan diakhirat )
3-membasuh tangan kanan dan kiri sebanyak tiga kali
(sewaktu basuh tangan kanan : Ya, Allah perbanyakkan lah amalan sebelah kanan-ku..terimalah amalan belah kanan-ku / sewaktu basuh tangan kiri : Ya, Allah ampuni la amalan sebelah kiri ku.. janganlah hisab amalan sebelah kiri ku )
4-membasahi ubun-ubun dan kepala sebanyak tiga kali
 (sewaktu membasahi air di kepala : Ya,Allah lindungilah aku dari kepanasan matahari-Mu dipadang mahsyar)
5-membasuh telinga sebanyak tiga kali
(sewaktu membasuh telinga : Ya, Allah..ampuni dah dosa-dosa telinga-ku..dan peliharalah telinga ku untuk mendengar perkara yang baik-baik sahaja)
6- membasuh kaki hingga ke buku lali sebanyak tiga kali
 (sewaktu membasuh kaki : Ya,Allah permudahkanlah aku untuk melalui Titian sirat-Mu..dan pelihara la kaki ku untuk pergi ke tempat yang baik -baik) 
7- jangan lupa baca doa selepas wuduk ya!! lihat post sebelum ni..ada saya nyatakan mengenai doa selepas berwuduk.
oklah ,sampai sini je yang saya nak kongsikan kepada yang yang membaca, boleh la lepas ni tiap kali ambil wuduk..amalkan baca doa-doa  ni dalam hati..Allah Maha Mendengar :) jadi banyakkan berdoa.. tugas kita setiap manusia untuk menjadi khalifah di muka bumi ini..saling memperingati antara satu sama lain...dan saling mengajar dan mempelajari..
p/s : kalau boleh ratakan air kat kaki tu..betul-betul.. sapu betul-betul..bagi mengalir dekat semua tempat ok :)




Thursday, 22 March 2012

Alhamdullilah rezeki Allah beri :)

assalamualaikm, hari ni saya nak kongsi cerita pasal saya.. semalam 21/3/12 telah pun keluar keputusan spm utk pelajar batch '94.. alhamdullilah keputusan yang tidak disangkan-sangkan! beyond my expectatitions! never thought bout this..Allah knows the best for me..and all my friends...alhamdulillah kawan baik saya result semua cemerlang..tak lupa kawan-kawan saya yang semuanya..alhamdulillah syukur sangat..

sebenarnya saya tak boleh teringat result saya.. saya rasa nak menangis! hmm.. bersyukur sangat Allah beri nikmat yang tak terhingga kepada saya..walaupun saya sering alpha akan nikmat Allah..dan sering melakukan kesalahan.. namun Allah tetap berikan sesuatu yang sangat saya harapkan:) alhamdulillah..

haha..kelakar jugak pun ada.. masa nak amik result kat dewan sekolah..waktu tu saya belum amik result saya.. tengah tgk kawan saya amik result..kawan saya..dapat straight a's..saya terkejut. biar benar..terus saya menangis2..hahaha.. saya terkejut..gembira untuk dia.. kawan-kawan saya yang lain tanya nape nangis?? saya diam je..hehe..lepas tu xtahan la asyik nangis je.. saya terus pergi depan cikgu amik result saya..waktu ni dah cool down..tak nangis dah..hehe


guru kelas : aqilah hani..
saya         : yes..
guru kelas : mm..oklah except add maths (sambil tgk slip result)
saya         : hah??? ok?? maksudnya?? (jantung dup dap dup dap..) hahaha. (pandang pengawas dua org kat tepi cikgu..dorang senyum2..
guru kelas : sign kat sini..
saya         : sign la..dah cikgu suruh.. lps tu tgk result. (terus menangis2...peluk kawan2 and cikgu..dorg tanya result.. saya tak jawab pun..hahaha.. dorang tgk sendiri..)

oklah..hehe..kat sini saya bukan nak bercerita pasal result saya pun...saya nak bagitahu..tiada kejayaan yang datang tanpa usaha yang gigih..bersusah-susahlah dahulu..bersenang-senang kemudian..:)

dan..doa tu senjata mukmin.. oh,saya nak ingatkan dekat anda semua.. tak semestinya kita dapat apa yang kita nak hanyalah sebab diri kita sendiri.. totally wrong if u ever think like this.semua ni adalah kerana usaha kita, doa ahli keluarga kita..guru2 kita..dan rakan2 kita.. appreciate them! :)

SAYA NAK UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA AHLI KELUARGA SAYA.. GURU-GURU SAYA..KAWAN-KAWAN SAYA.. SAYANG SEMUANYA!! TERIMA KASIH UNTUK SEGALANYA.. :)





Saturday, 17 March 2012

Puasa Sunat ..

Assalamualaikum semua.. hari saya nak beritahu, makan yang banyak boleh  merosakkan badan kita..jadi makanlah dengan berpada-pada.. :) bercakap pasal makan.. kita selalu sangat makan tp puasa tu kalau bukan bulan ramadhan tak ada punya nak puasa kan kan kan? hehhe..sesungguhnya puasa pada bulan ramadhan itu adalah perintah wajib keatas setiap muslimin dan muslimat yang sudah baligh ..jadi jangan puasa yang wajib pun kita nak tinggal? nauzubillah..berdosa..

saya dulu pun tak buat pun puasa sunat ni..sebab tak ada orang ajak..hehe.. tapi masa form 3 dulu..kawan saya selalu ajak puasa sunat hari isnin dan khamis.. dialah yang ajak saya walaupun masa form 3 kelas saya tingkat 4 ..fuhh..memang penat la tiap kali nak turn naik tangga tu.. haha.. tapi lama2 dah biasa.. terima kasih dekat mashita mahadi sebab banyak bimbing saya <3


oklah berbalik pada tajuk..puasa sunat yang saya nak ajak anda semua lakukan adalah PUASA SUNAT ISNIN & KHAMIS  ada banyak sebab untuk kita berpuasa sunat :

1) supaya kita sentiasa teringatkan gologan2 susah..yang nak makan sehari sekali pun payah
2)supaya kita merehatkan perut kita.. asyik proses makanan je.. 2 kali seminggu berehat dengan berpuasa    xboleh ke? :)
3) supaya memperbanyakkan lagi ibadat yang kita lakukan.. niat tu kena betul..bukan sebab nak kurus..saya selalu dengar orang cakap nak puasalah nnt boleh kurus.. mcm tak elok je cakap macam tu.. kalau nak puasa tu niat tu biarlah ikhlas semata2 kerana Allah ta'ala..

anda nak puasa tapi tak tahu niat?? :) mudah je niatnya.. Sahaja aku puasa sunat isnin/ khamis esok hari tunai kerana Allah ta'ala.. boleh baca niat ni sebelum tido :)

oklah sampai sini sahaja...harap segala salah dan silap apa yang saya lakukan tau katakan dimaafkan..sekian

Monday, 20 February 2012

Bersugi sebelum Solat

Assalamualaikum semua!! lagi sebulan result akan keluar!? wohaa...haha ok saya bukan nak cakap pasal result saya hehe.. saya nak cakap hari ni berkenaan BERSUGI SEBELUM SOLAT..


Hadis Abu Hurairah r.a:Diriwayatkan daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: "Sekiranya arahan aku tidak akan menyusahkan orang mukmin pada Hadis Zuhair ke atas umatku nescaya aku akan memerintahkan mereka bersugi iaitu mencuci gigi setiap kali hendak mendirikan sembahyang." (Riwayat Muslim) sumber http://muslimteenagers90.blogspot.com

jadi saya nak beritahu anda semua..banyak fadhilat bersugi sebelum solat..hehehe.. mudah sahaja untuk mendapatkan pahala.. ambil je berus gigi letak ubat gigi dan gosok.oh! xperlu la anda semua fikir kena cari kayu sugi ke? ubat gigi kayu sugi ke? yang penting amalkan dan jadikan kebiasaan supaya memberus gigi ketika hendak solat..

kalau kita boleh berus gigi kalau nak pergi sekolah ke? nak pergi jumpa kawan-kawan ke? tak boleh ke kita memberus gigi sebelum menunaikan solat? hehe..mesti boleh punya kan..oklah sekian.. :)